Saturday 3 December 2011

Teknologi Komunikasi-Kebebasan? Kawalan?(Realiti)

Walau bagaimanapun, perkembangan sains dan teknologi telah mengalami anjakan paradigma daripada media cetak seperti surat khabar dan media elektronik seperti televisyen dan radio kepada teknologi maklumat iaitu Internet. Persoalannya, adakah kewujudan Internet membebaskan kita daripada meluahkan suara dan perasaan?

Internet  telah memberi kebebasan kepada masyarakat  dari segi mendapatkan maklumat, bertukar dan berkongsi pendapat, meluahkan perasaan peribadi misalnya dengan penggunaan blog. Blogger mempunyai kebebasan untuk menyuarakan pandangan, persepsi atau perasaan masing-masing  terhadap isu-isu yang tertentu. Di samping itu, Follower juga boleh memberi pandangan sendiri  terhadap isu-isu yang dibangkitkan oleh blogger.

Pada saban hari, Facebook menjadi semakin popular dalam kalangan masyarakat. Hal ini kerana Facebook mempunyai kebebasan bagi pengguna untuk berkongsi maklumat, gambar, pandangan dan perasaan. Pengguna Facebook boleh menukar idea masing-masing dengan sesuka hati. Oleh itu, hal ini telah menyebabkan lebih ramai orang ingin menggunakan Facebook sebagai salah satu platform untuk berinteraksi dengan kawan dan berkenalan dengan kawan yang baru terutamanya golongan belia.

Namun demikian,  internet masih  menghadapi  sekatan – sekatan yang tertentu seperti sekatan kerajaan.  ISA, “Internal Security Act” (1960) merupakan salah satu sekatan yang digunakan oleh kerajaan.  Contohnya, penciptaan lagu “Negarakuku” oleh Namewee dikatakan telah menghina martabat lagu kebangsaan kita. Oleh itu,  dia telah ditangkap bawah Internal Security Act (ISA) selepas dia menyiarkan lagu tersebut di Youtube. Kejadian ini menunjukkan bahawa internet masih berada di bawah kawalan kerajaan.

Justeru, sejauhmanakah media memberi kebebasan bagi masyarakat untuk bersuara?

Teknologi Komunikasi-Kebebasan? Kawalan? (Imbas Kembali)

    Pada tahun 1806, surat khabar yang pertama di Tanah Melayu telah diterbitkan di Pulau Pinang. Pemilik surat khabar pertama ialah A. B Bone dari India. Kerajaan pada masa itu memberi subsidi kepada pihak yang mencetak surat khabar dengan syarat yang tertentu iaitu mereka perlu menyiarkan pengumuman kerajaan British melalui surat khabar. Tujuan kerajaan British berbuat demikian adalah untuk memperalatkan surat khabar bagi menyebarkan propaganda mereka.
               
    Selepas A. B Bone meninggal dunia, syarikat surat khabar telah diambil alih oleh B. C. Handerson. Selepas pengambilalihan beliau, kerajaan British telah bermula untuk mengawal isi kandungan surat khabar. Dengan ini, pihak pencetak surat khabar perlu mencetak satu salinan surat khabar kepada pihak kerajaan. Hal ini telah menunjukkan kerajaan British telah mempunyai motif untuk mengawal surat khabar pada masa itu. Kerajaan British mengawal surat khabar adalah disebabkan tiga faktor:
i.   Peningkatan pengeluaran bilangan surat khabar bahasa Cina dan bahasa Tamil di Tanah Melayu.
ii.  Kemunculan surat khabar bahasa Melayu yang berkaitan dengan gerakan reformis Islam dalam kalangan orang Islam.
iii. Perkembangan gerakan anti-Manchu pada masa itu di China yang memberi impak terhadap populasi kaum Cina di seluruh dunia.

Selepas kemerdekaan, kerajaan kita telah mula mengubah hak pemilikan surat khabar. Hal ini demikian kerana kerajaan Malaysia telah mengambil keputusan untuk menukar struktur pemilikan surat khabar pada tahun 1972. Keputusan ini dikuatkuasakan pada tahun 1974 dengan pemindaan Printing Pressos Bill supaya pemilikan luar negara terhadap surat khabar Malaysia dapat ditamatkan dan Malaysia dapat menguruskan surat khabar tempatan mereka. Oleh itu, bentuk kawalan baru telah diwujudkan di mana undang-undang digubal untuk mengawal hak pemilikan surat khabar tempatan. Contohnya, pemindaan printing Presses Ordinance 1948 kepada Printing Presses Publications Act 1984 telah dilaksanakan selepas Operasi Lalang pada tahun 1988. Selain itu, International Security Act (ISA) digunakan apabila kedudukan politik hegemoni tergugat. Secara umumnya, media tidak bersifat demokratik. Hal ini disebabkan arus perdana media Malaysia tidak mempunyai kebebasan atas sebab-sebab pemilikan dan kawalan.