Saturday 19 November 2011

MEMPERKASAKAN BELIA MELALUI PERNIAGAAN

Dunia semakin berkembang sejajar dengan kemajuan teknologi yang pesat membangun. Justeru, bidang perniagaan turut tidak ketinggalan dalam menerima penyerapan idea-idea baru dan secara langsung mengalami transformasi yang mampan. Bidang perniagaan juga mendapat tempat dalam kalangan belia untuk meningkatkan taraf hidup masing-masing. Usahawan merupakan gelaran kepada mereka yang terlibat secara langsung dalam dunia perniagaan manakala keusahawanan merupakan satu gerak kerja bagi melahirkan usahawan yang mempunyai sifat modal insan yang bedaya saing dan sanggup menanggung risiko.

                Menurut Prof Madya Dr. Aman Awang dari UiTM Perlis (2009), menyatakan pembentukan modal insan yang berkaitan dengan keusahawanan bermula dari peringkat awal kanak-kanak. Oleh itu benarlah kata pepatah melentur buluh biarlah dari rebungnya. Menurut haji Din (2000) pula, persekitaran pengajian dari peringkat sekolah rendah hingga ke peringkat universiti memainkan peranan yang penting untuk membentuk sikap dan perlakuan ke arah keusahawanan. Manakala ilmu keusahawanan diperingkat lepasan ijazah pula perlu digembleng melalui pengalaman dan pemerhatian. Oleh itu, terdapat pelbagai faktor yang membolehkan seseorang itu diserapkan dengan nilai-nilai keusahawanan.

                Teknologi juga menyediakan platform yang konprehensif kepada semua golongan masyarakat. Menurut Christensen (1997), memberi pandangan bahawa teknologi perlu diselaraskan dengan penggunaannya, terdapat dua jenis teknologi iaitu teknologi yang bertahan dan teknologi yang terganggu atau Disruptive. Teknologi yang bertahan dapat mengekalkan pasaran tetapi berkemungkinan gagal jika beroperasi terlalu lama sedangkan teknologi disruptive mungkin dapat menarik pasaran dengan cepat dan banyak tetapi masanya pasti tidak terlalu lama. Usahawan perlu mengenal pasti kedua-dua bentuk teknologi untuk tujuan menggemblengnya sejajar dengan matlamat firma. Teknologi adalah satu pelantar untuk meletakkan nama baik dan prestasi firma secocok dengan pasarannya.

                Menurut kementerian Penerangan didalam laman sesawangnya, pmr.penerangan.gov.my, memberi pandangan Teknologi yang relevan boleh memberikan impak positif jika digunakan dalam sesebuah perniagaan. Selain menjadi komponen penting dalam perniagaan, perhubungan harmoni di antara teknologi dan perniagaan harus diwujudkan. Malah, jika penggunaan teknologi diabaikan, perniagaan akan hilang daya saing samada di peringkat tempatan dan global. Teknologi merupakan wadah perkembangan dunia perniagaan. Sebagai contoh, media baru iaitu internet telah menyediakan peluang dan ruang kepada golongan belia untuk memulakan perniagaannya. Laman sosial Facebookdan blog juga memberi kemudahan kepada belia untuk bergelar usahawan muda yang berjaya. Antara salah satu usahawan yang berjaya menjalankan perniagaan dalam internet seperti Encik Irfan Khairi.

                Jutawan internet juga dikenali sebagai jutawan senyap. Irfan Khairi bergelar jutawan sewaktu berusia 25 tahun. Semasa belajar di Universiti Staffordshire, United Kingdom dalam jurusan Multimedia dan ketika itu berada di tahun keempat beliau telah berjaya mengumpul pendapatan melebihi RM 1 juta lebih. Antara perniagaan yang dijalankan oleh beliau ialah menawarkan khidmat grafik seperti mereka bentuk kulit buku, poster dan kain rentang. Irfan merupakan contoh yang terbaik bagi menyemarakkan lagi semangat golongan belia untuk menceburkan diri dalam perniagaan melalui internet.

                Pihak kerajaan juga telah menyediakan pelbagai prasarana dan kemudahan kepada golongan belia yang berminat untuk menceburkan diri dalam bidang perniagaan. Menurut Perdana Menteri Malaysia , Datuk Seri Mohd Najib Tun Razak, 09/03/2011 dalam Berita TV3 berkata golongan belia disarankan merebut pelabagai peluang perniagaan termasuk dalam sektor francais. francais dilihat sebagai satu titik permulaan yang membuka banyak peluang dan ruang bagi golongan terbabit.

                Kesimpulannya, dengan kewujudan media baru memberi makna terhadap perkembangan teknologi yang sedang rancak membangun pada masa kini. Bidang perniagaan menjadi lebih efektif dan mudah dikendalikan oleh semua golongan masyarakat khususnya kepada golongan belia. Perniagaan mudah dijalankan menerusi laman sosial (FB) , Blog dan sebagainya. Tidak perlu mengeluarkan modal yang banyak untuk membuka kedai atau butik hanya dengan kemahiran berteknologi dan komunikasi.