Friday 28 October 2011

Anak perempuan - I-POD
Anak lelaki - I-PHONE
Ibu - I-PAD
Bapa - I- PAY

Teknologi komunikasi baru dalam bidang pendidikan

 Giu Yun: Eh, tomorrow we need to go to the library to update on the books since we are extending our time of borrowing.

May Rui: Actually we no need rush to the library, just go to the websites of USM’s library and update it. Come on, I borrow you my I-pad to updates your books first.

Giu Yun: Wa ! When do u bought an I-pad?

May Rui: Last week.

Giu Yun: Do you think that I-pad could help you much in your study?


May Rui: Of course, it helps me a lot. You know? I can find study materials through the Internet anytime, update myself to the latest news and able to check my e-mail all the time. Actually is like a laptop but I-pad is more convenient to bring out.

                Pada era perkembangan sains dan teknologi, masyarakat terutamanya golongan belia (umur 15-40 tahun) telah mahir dalam penggunaan teknologi komunikasi baru. Remaja dalam umur 12 hingga 18 tahun memang berminat terhadap teknologi komunikasi yang baru (Rivoltella, 2008). Pada masa ini, remaja bukan sahaja minat terhadap teknologi komunikasi tetapi juga banyak bergantung terhadapnya. Contohnya, apakah perkara pertama yang akan dilakukan oleh pelajar atau mahasiswa dan mahasiswi selepas balik daripada kelas ? Tanpa meragu-ragu, mereka akan buka akaun FACEBOOK !
  
            Berdasarkan pandangan optimis yang dipelopori oleh Marshall McLuhan, Wilbur Schramm, Lerner dan Daniel Bell, teknologi komunikasi baru diandaikan boleh membantu masyarakat mencapai keseimbangan. Revolusi informasi dikatakan boleh membawa perubahan yang positif kepada pendidikan. Menurut Pavlik (1998), pendidikan mendapat maafaat yang besar daripada perkembangan teknologi komunikasi baru. Seperti yang boleh kita dapati, hampir semua pensyarah dalam universiti menggunakan slide show dalam proses pengajaran. Mereka juga meminta pelajar menghasilkan satu blog sebagai tugasan serta menghantarkan tugasan dan melakukan temu janji melalui e-mel. Tambahan pula, pelajar boleh mencari sumber maklumat melalui Internet tanpa perlu pergi ke perpustakaan. Perpustakaan juga telah memperkembangkan kepada elektronik perpustakaan (e-library). Misalnya journal, buku, majalah boleh didapati melalui e-journal, e-book dan e-magazines. Kemudahan ini memang telah memudahkan pelajar terutamanya pelajar Pendidikan Jarak Jauh.
  
            Melalui satu kajian yang dilakukan, kebanyakan pelajar bersetuju bahawa teknologi mempunyai peranan yang penting dalam proses pembelajaran (Education Evolving, 2005). Penggunaan teknologi dalam proses pembelajaran akan meningkatkan motivasi mereka untuk belajar dan dapat menghabiskan kerja atau tugasan dengan cepat. Mereka juga menyatakan bahawa“We don’t pick up dictionaries anymore but we go to Dictionary.com. We don’t walk to the library but we search online journal databases”. Sekarang pelajar sudah boleh belajar tanpa keluar dari rumah. Teknologi komunikasi baru bukan sahaja dapat menjimatkan masa dan kertas tetapi juga dapat meningkatkan tahap pengetahuan individu.

            Walau bagaimanapun, terdapat sesetengah golongan masyarakat berpendapat bahawa teknologi hanya akan menjejaskan kehidupan mereka. Mengikut pandangan pessimis , teknologi komunikasi akan mewujudkan masyarakat yang diawasi. Kebebasan masyarakat juga tergugat akibat perkembangan teknologi komunikasi.

             Menurut Selwyn (2003), sesetengah masyarakat akan mengelakkan diri daripada penggunaan teknologi komunikasi baru. Mereka berasa tertekan apabila menghadapi dengan komputer. Fenomena ini dikenali sebagai technophobia. Golongan ini menganggap bahawa teknologi komunikasi baru mempunyai prosedur yang banyak dan susah. Ia akan menyusahkan mereka sahaja. Di samping itu, terdapat juga golongan refusnik iaitu golongan yang menentang kewujudan teknologi komunikasi baru. Mereka melihat teknologi komunikasi baru sebagai pemusnah budaya kehidupan. Kebanyakan belia pada masa ini hanya suka bersosial dengan rakan melalui Facebook, Twitter, Friendster, Blogger dan lain-lain tanpa bersemuka. Walaupun terdapatnya satu perbincangan sahaja, pelajar juga mencipta satu group dalam Facebook bagi memudahkan perbincangan. Adakah kaedah ini boleh menyampaikan mesej secara teliti tanpa keciciran ? Pada pendapat Norman, banyak perkara tidak boleh disampaikan melalui teknologi komunikasi baru seperti perasaan, emosi dan empati (Selwyn, 2003). Majoriti pelajar juga banyak menghabiskan masa dengan menggunakan Facebook ataupun bermain permainan talian sehingga mengangguh kerja mereka.

            Sebenarnya, adakah pelajar yang tidak mahir dalam penggunaan teknologi komunikasi baru akan ketinggalan zaman ataupun tidak akan dapat keputusan yang cemerlang? Walaupun kita boleh mendapat informasi dan pengetahuan yang banyak melalui teknologi komunikasi baru tetapi ADAKAH KITA MAMPU MENILAI terhadap sesuatu isu ?