Sunday 20 November 2011

teknologi. . . bisnes . . belia. .


Asas perniagaan online
Perkembangan teknologi internet pada masa ini telah banyak memberi peluang dan ruang kepada usahawan dan perniaga kecil melakukan promosi, menyampaikan maklumat produk dan perkhidmatan serta meraih keuntungan. Hal ini, bukan saja memberi peluang malah akan menjimatkan masa dan wang ringgit kepada semua orang yang berminat memulakan perniagaan tetapi mempunyai modal yang kecil.
Namun, anda memerlukan kepakaran baru dan berani menanggung risiko yang bakal menanti dalam dunia perniagaan online ini kerana ia mampunyai kekangan yang tersendiri. Oleh hal yang demikian, ILMU melalui pembacaan bahan rujukan mengenai buku perniagaan online amat penting bagi usahawan baru. Selain itu, mendapatkan nasihat dan pandangan daripada mereka yang lebih berpengalaman merupakan salah satu cara yang terbaik. 







Statistik penggunaan internet
Peningkatan yang sangat dalam penggunaan internet bukan sahaja di Malaysia malah negara jiran seperti Indonesia dan Thailand turut meningkat. Pendek kata Asia sedang mengalami satu perkembangan teknologi yang sangat memberansangkan. Hal ini, menunjukkan bahawa potensi perniagaan online amat menarik minat orang ramai terutamanya golongan belia. Sudahkah anda bersedia untuk bersaing merebut peluang yang ada ?
Menurut laporan yang dikeluarkan oleh Nielson Online, pembeli online (online shopper) meningkat sebanyak 40% dalam beberapa tahun ini.
Over 875 Million Consumers Have Shopped Online The Number of Internet Shoppers Up 40% New York, NY –January 28,2008.
There are now 875 million active shoppers on the internet, South Korea is rank first and UK shoppers are the second most active market. More than 85 percent of the world’s online population has used the internet to make a purchase – increasing the market for online shpping by 40 percent in previous year.
Globally, more than half of internet users have made at least one purchase online in the past month, according to Nielsen. “The internet is not longer a niche technology, it is mass media and an utterly integral part of modern life. Almost, no aspect of life remains untouched by online media..” said Jonathan Carson, President, International, Nielsen Online.
Maklumat ini jelas membuktikan betapa besarnya potensi e-commerce.  Perniagaan online ini terbuka kepada sesiapa sahaja termasuklah anda. Kini, hampir mencecah 900 juta pembeli aktif yang membuat pembelian melalui internet. Sebagai contoh, pembeli lebih suka berbelanja dalam talian kerana terdapat pelbagai pilihan dan dapat membandingkan harga tanpa perlu mereka berjalan dari kedai ke kedai. Menjimatkan masa dan tenaga.

Populasi penduduk pada 2010 : 26.12 juta orang
Penggunaan internet pada 2010 : 16.9 juta orang
Kadar penembusan pada 2010 : 64.6%
Pengguna facebook : 8.16 juta orang
Peratus daripada populasi : 31.2%
Peratus daripada pengguna internet : 48.29%

Panduan membuka bisnes siber


Buku ini telah membuka mata dan hati saya betapa hebat dan luasnya bidang perniagaan yang boleh diterokai secara halal hanya dengan perantaraan internet” – Dr. Ibrahim Abdullah, Fellowin Cardiology (RCPS, Glasgow).
Perniagaan online tidak memerlukan model yang besar pada permulaannya, mudah dikendalikan dan boleh menjana pendapatan yang lebih besar. Buku ini akan membongkarkan segala rahsia :-
Ketahuilah anda semua bahawa peluang semua orang untuk menjana pendapatan yang lebih sudah ada didepan mata. Oleh yang demikian, pelajarilah 4 langkah asas membina perniagaan di inyernet. Bersedialah untuk berjaya dengan membina laman web yang mampu menjual dan menerima bayaran kad kredit.
Tonjolkan kreativiti anda agar pelanggan mudah mencari laman web anda. Teknik pemasaran dan promosi mestilah mantap, contohnya melalui program affiliate, pemasaran online dan offline. Selain itu, perbanyakkan kenalan melalui email op-in, ezine forum, link exchange  dan penyelarasan blog.
Langkah 1 : Produk atau perkhidmatan
“Apakah produk atau perkhidmatan yang anda ingin jualkan di internet? Dalam perniagaan pastinya perlu ada pertukaran produk atau perkhidmatan dengan wang ringgit.
Langkah 2 : Laman web
“Di internet, laman web adalah kedai anda, kalau perniagaan bukan internet, anda perlu menpunyai tapak untuk menjual produk atau perkhidmatan. Di internet, anda masih memerlukan tapak menjual produk atau perkhidmatan dengan hanya membuat laman web.
Langkah 3 : Terima bayaran
“Laman web anda perlu boleh menerima bayaran sama ada menggunakan kad kredit, bank in dan cek.
Langkah 4 : Promosi
“Perniagaan internet pastinya gagal tanpa promosi yang betul. Promosi adalah aktiviti yang paling penting dalam menentukan kejayaan sesebuah perniagaan internet itu.
Buku ini akan membimbing dan menerangkan dengan lebih lanjut kepada anda cara untuk berkomunikasi dengan berkesan dan memasarkan produk yang hebat di internet.
“Panduan dan penyampaian di dalam buku ini mudah difahami dan amat bermanfaat. Buku ini sesuai untuk usahawan agar terus berjaya di dalam dunia perniagaan online” – Ir. Dr. Ramli Mat Suki, President/ CEO, Eden Capital Group.

Silau mentari di balik jati, menyeri taman sarang tempua,
Teknologi internet di hujung jari, jutawan siber impian semua.

Jutawan muda


“ Jika mahu berniaga, tidak perlu tunggu hingga dapat sarjana pengurusan perniagaan baru hendak mulakan perniagaan, malah semasa pengajian boleh mula kumpul pengalaman dengan berniaga secara kecil-kecilan di kalangan rakan”.
“Ilmu perniagaan juga tidak kurang pentingnya, sebab itu saya bekerja sebagai tukang cuci selama 2 jam setiap hari dengan upah kira-kira RM7 mengikut kadar petukaran wang sekitar 1997-1998 bagi membeli buku dan menghadiri bengkel”. – katanya.
Antara pendedahan yang memberi kesan terhadapnya untuk melalui pembacaan dan menghadiri bengkel di luar negara, Irfan Khairi berkata adalah prinsip Pereto Rule 80/20 yang berdasarkan strategi 80% hasil dan 20% usaha.
            “prinsip itu katanya, memberi penekanan mengenai jujur terhadap diri sendiri dengan melakukan perkara yang diminati serta pengurusan masa berkesan kerana jika tidak, apa yang berlaku adalah sebaliknya, iaitu seseorang itu akan meluangkan lebih masa berusaha iaitu 80% dan hanay mendapat 20% hasil …”