Friday 2 December 2011

"cyber cafe"

Menurut Dr. Sajap Maswan (2006), wujudnya pusat-pusat kafe siber adalah seiring dengan perkembangan teknologi internet yang semakin berkembang pesat pada masa ini. Kafe siber ialah satu perimis yang menyediakan perkhidmatan internet, emel, percetakan, scanning, fax dan sebagainya. Kafe siber ini bermula di Amerika pada tahun 1995.


Golongan remaja terutamanya pelajar sekolah merupakan pengunjung teramai yang datang ke kafe siber. Punca-punca golongan remaja atau pelajar sekolah mengunjungi kafe siber ialah kerana keseronokan, menghilangkan bosan, kawan ajak, ingin tahu, cari maklumat, dan tiada komputer di rumah. Oleh yang demikian, mereka memilih kafe siber sebagai tempat untuk mereka menghabiskan masa dengan melakukan aktiviti yang tidak berfaedah. Kajian yang telah dijalankan oleh Sharifah Mariam Alhabsi (2004) di 13 pusat kafe siber di Bandar Kota Baharu dan 14 buah pusat kafe siber di Bandaraya Kuala Lumpur menunjukkan bahawa 41 peratus pengguna di Kota Baharu dan 63 peratus di Kuala Lumpur adalah terdiri daripada golongan pelajar.


Menurut beliau lagi, pada masa ini ramai ibu bapa mula menyatakan kebimbangan kerana anak-anak terutamanya golongan pelajar semakin kurang menjaga waktu dan asyid melayan internet atau bermain games di pusat-pusat kafe siber. Contohnya, pada 2005 seorang ibu di kawasan kediaman Subang Jaya telah mendapati anaknya hilang selama 48 jam. Akhirnya, anak tersebut telah dijumpai sedang bermain games di sebuah pusat kafe siber. (BBC News, 10 November 2005). Pada tahap kritikal kita dapat lihat ialah ketagihan terhadap permainan games dan internet ini akhirnya membawa kepada kematian. Sebagai contoh, dua orang pelajar telah mati digilis kereta api di Chongqing setelah tertidur di atas landasan kereta api selepas semalaman berada di kafe siber (Calson Analytic cyberaddiction,2006).


Sebahagian besar golongan remaja atau pelajar sekolah yang mengunjungi kafe siber adalah tujuan hiburan semata-mata dan melakukan perkara yang tidak berfaedah berbanding sebilangan kecil sahaja yang pergi untuk mencari maklumat pembelajaran.

Ledakan teknologi komunikasi semakin tersebar luas dalam pelbagai lapangan kehidupan manusia. Zaman era globalisasi memperlihatkan perkembangan teknologi yang semakin pesat membangun mampu mengubah taraf kehidupan manusia sama ada masyarakat yang tinggal di bandar mahu pun masyarakat yang tinggal di luar bandar. Kepesatan industri kafe siber merupakan salah satu impak yang nyata terhadap perkembangan teknologi yang semakin menjadi-jadi sekarang ini. Menurut pandangan Optimis yang dipelopori oleh Marshall McLuhan, Wilbur Schramm, Lerner dan Daniel Bell melihat masyarakat sebagai postindustrilisme dan menurut Bell terdapat perkembangan dalam masyarakat di mana Era masyarakat perkhidmatan, kesenangan dan kelapangan telah bermula. 
Oleh itu, dengan kewujudan kafe siber dipercayai boleh menaik tarafkan kehidupan masyarakat di luar bandar. Hal ini demikian kerana, masyarakat di luar bandar agak sukar untuk mendapatkan capaian internet  tambahan pula kebanyakan mereka tidak mampu untuk memiliki sebuah komputer riba atau komputer di rumah. Keadaan ini memyebabkan mereka tidak akan mendapat informasi yang perlbagai dan ilmu pengetahuan juga tidak dapat berkembang. Oleh itu dengan adanya kafe siber mereka boleh melayari internet untuk pelbagai tujuan tertentu misalnya, mencari peluang pekerjaan yang lebih meluas, mendapatkan maklumat seperti membaca berita melalui internet (berita harian online), meluaskan kenalan melalui laman sosial seperti facebook, twitter dan Yahoo Messenger. Keadaan ini akan menyebabkan perubahan terhadap kehidupan masyarakat. Jika dahulu masyarakat petani yang tinggal di kawasan luar bandar tidak tahu menggunakan peralatan moden untuk bertani tetapi sekarang masyarakat tani mahir menggunakan peralatan moden untuk bercucuk tanam dan kerap menggunakan peralatan tersebut. Hal ini kerana masyarakat sudah semakin berilmu dan berinformasi kerana bijak mengaplikasikan kemajuan teknologi dalam kehidupan. Menurut Alvin Tofler (third wave), 1980 mendakwa kita berada dalam gelombang ketiga. Masyarakat perlu mengalami tiga peringkat iaitu pertanian, industri dan masyarakat berinformasi. Maka sudah terang lagi bersuluh, dengan kewujudan kafe siber masyarakat terutamanya golongan belia telah berubah menjadi golongan masyarakat yang berinformasi dan akhirnya dapat meningkatkan taraf kehidupan masing-masing.
Selain itu, terdapat banyak isu yang boleh diutarakan untuk mengaitkan belia dan kafe siber ini. Pertama adalah permainan video games. Pada tahun 2001, Dr Ryuta Kawashima telah menjalankan kajian di Universiti Tohoku, Jepun. Beliau mendapati bahagian frontal lobes pada otak manusia tidak dirangsangkan ketika sesi permainan video games ini. Dalam erti kata lain, belia yang sering bermain video games akan menjadikan mereka sukar untuk mengawal perilaku mereka sendiri. Namun begitu terdapat banyak kritikan yang diberikan ke atas kajian ini.

         Gaming merupakan satu permainan yang memberikan kepuasan kepada pemainnya sendiri termasuk membayar bayaran untuk berpeluang memenangi hadiah. Dalam erti kata lain, gaming merupakan perjudian. hari demi hari,perjudian online sudah menjadi kebiasaan. casino merupakan tempat yang popular kepada pengguna yang terlalu taksub dengan perjudian. Di Malaysia undang-undang terhadap perjudian online tidak terlalu ketat. Oleh sebab itu, kebanyakan laman web antarabangsa telah menawarkan banyak bonus dan jackpots yang besar. Selain itu, perjudian online tidak datang dari negara luar akan tetapi datang dari dalam negara sendiri. Malaysia juga mempunyai syarikat perjudian mereka tersendiri yang menyediakan laman perjudian online. Laporan daripada Reuters menyatakan bahawa kumpulan perjudian di malaysia Genting Bhd (GENT.KL)merasmikan jenama kasino online yang pertama. Terdapat beberapa kes yang di laporkan di ntv7,4251 komputer telah disita 580 orang telah ditahan akibat perjudian online.

Namun begitu, kewujudan kafe siber dalam negara banyak memberi kesan positif dan negatif kepada setiap individu. Kesan negatif mungkin dapat dilihat kepada pengguna kafe siber manakala, kesan positif berpihak kepada para peniaga kafe siber. Usahawan kafe siber memiliki keuntungan yang sangat besar kerana kos pengeluaran yang diperlukan adalah sangat rendah. Perniagaan kafe siber kini telah menjadi minat dan perhatian orang ramai terutamanya golongan bumiputra.  Tambahan pula, remaja zaman sekarang lebih suka menghabiskan masa di kafe siber untuk bermain game. Sesebuah kafe siber mengenakan bayaran sebanyak dua ringgit untuk setiap sejam penggunaan. Hal ini sangat menguntungkan kerana pengguna kafe siber selalunya tidak menghabiskan masa mereka hanya sejam di kafe siber tersebut kerana setiap game yang mereka main memakan masa yang sangat lama lebih kurang tiga hingga empat jam untuk memperoleh kepuasan sebenar. Di samping itu juga, pengusaha kafe siber  secara tidak langsung dapat menjana pendapatan negara dan meningkatkan tahap penggunaan teknologi dalam negara. Golongan pengusaha ini sedikit sebanyak telah memperkenalkan kepada masyarakat tentang penggunaan teknologi sehinggakan ianya menjadi semakin pesat.