Sunday 16 October 2011

Pengenalan Tentang Teknologi Komunikasi dan Belia

Teknologi Komunikasi Dalam Kehidupan Kita

Fikirkan !!!

Pernahkah anda melihat situasi ini?


Bagaimana pula dengan ini?

Ini?


atau ini?

Apa? Semasa makan juga perlu bersama dengan peralatan teknologi?


Adakah generasi kini sentiasa bersama dengan teknologi komunikasi walaupun berada di mana-mana sahaja atau melakukan sesuatu aktiviti? Apakah pandangan anda?

Kini, generasi pada zaman sekarang iaitu yang dikenali sebagai golongan belia telah memiliki peralatan teknologi yang canggih seperti iPad, iPod, telefon bimbit, notebook dan sebagainya. Golongan belia yang masih belum bekerja atau mendapat gaji pekerjaan juga memiliki peralatan teknologi yang canggih dan mahal seperti ini.

Walaupun kita mempunyai idea yang berbeza mengenai sifat semulajadi masyarakat, komunikasi dan teknologi media, ia tidak akan mengambil masa yang lama untuk kita bersetuju bahawa media komunikasi adalah ciri-ciri moden kehidupan seharian yang berleluasa. Tidak mengira di mana kita berada atau masa dan hari tersebut, kita dapat merasai atau mendapat pengalaman daripada sesuatu fenomena walaupun kita berada di luar daripada persekitaran sosial tersebut. Hal ini disebabkan kewujudan pelbagai media yang berlainan seperti kewujudan dari surat khabar yang beralih kepada televisyen dan dari telefon kepada alat kelui
(Slevin, 2000 : 1).

Selain itu, peralatan teknologi komunikasi yang sedang 'merebak' dengan meluas di seluruh dunia mempunyai impak yang mendalam terhadap cara kita berinteraksi dan berkomunikasi dalam kehidupan seharian iaitu dengan mengubah kehidupan dan amalan sosial kita (Rivoltella, 2008 : 27). Contoh perubahan adalah seperti cara kita mengakses, mengedit dan berkongsi dokumen (filem, lagu, gambar, imej, teks atau jenis dokumen yang lain), cara berhubung dengan kerajaan, cara melakukan proses perbankan, cara bekerja, bermain, jual-beli, mencari maklumat, mengenali orang yang tidak dikenali dan sebagainya.

Oleh itu, boleh dikatakan bahawa teknologi komunikasi mempunyai pengaruh terhadap kehidupan masyarakat pada zaman sekarang terutamanya golongan belia yang celik pandai dan berpengetahuan tentang penggunaan teknologi. Bagi mereka, teknologi komunikasi dapat mengubah kehidupan seharian mereka apabila mereka menggunakannya kerana ia memudahkan aktiviti kehidupan seharian mereka.