Saturday 3 December 2011

Teknologi Komunikasi-Kebebasan? Kawalan?(Realiti)

Walau bagaimanapun, perkembangan sains dan teknologi telah mengalami anjakan paradigma daripada media cetak seperti surat khabar dan media elektronik seperti televisyen dan radio kepada teknologi maklumat iaitu Internet. Persoalannya, adakah kewujudan Internet membebaskan kita daripada meluahkan suara dan perasaan?

Internet  telah memberi kebebasan kepada masyarakat  dari segi mendapatkan maklumat, bertukar dan berkongsi pendapat, meluahkan perasaan peribadi misalnya dengan penggunaan blog. Blogger mempunyai kebebasan untuk menyuarakan pandangan, persepsi atau perasaan masing-masing  terhadap isu-isu yang tertentu. Di samping itu, Follower juga boleh memberi pandangan sendiri  terhadap isu-isu yang dibangkitkan oleh blogger.

Pada saban hari, Facebook menjadi semakin popular dalam kalangan masyarakat. Hal ini kerana Facebook mempunyai kebebasan bagi pengguna untuk berkongsi maklumat, gambar, pandangan dan perasaan. Pengguna Facebook boleh menukar idea masing-masing dengan sesuka hati. Oleh itu, hal ini telah menyebabkan lebih ramai orang ingin menggunakan Facebook sebagai salah satu platform untuk berinteraksi dengan kawan dan berkenalan dengan kawan yang baru terutamanya golongan belia.

Namun demikian,  internet masih  menghadapi  sekatan – sekatan yang tertentu seperti sekatan kerajaan.  ISA, “Internal Security Act” (1960) merupakan salah satu sekatan yang digunakan oleh kerajaan.  Contohnya, penciptaan lagu “Negarakuku” oleh Namewee dikatakan telah menghina martabat lagu kebangsaan kita. Oleh itu,  dia telah ditangkap bawah Internal Security Act (ISA) selepas dia menyiarkan lagu tersebut di Youtube. Kejadian ini menunjukkan bahawa internet masih berada di bawah kawalan kerajaan.

Justeru, sejauhmanakah media memberi kebebasan bagi masyarakat untuk bersuara?

2 comments:

  1. media tidak memberi kebebasan bersuara kerana terdapat peraturan yang mengekatnya.walaupun internet mempunyai kebebasan yang luas untuk pengguna bersuara tetapi ia juga mempunyai sekatan kerajaan tertentu seperti ISA. oleh itu, teknologi komunikasi tidak mempunyai kebebasan yang luas.

    ReplyDelete
  2. selalunya ada sekatan...
    tetapi jika tiada sekatan yang tertentu, apa yang akan jadi pada negara kita?
    apakah pandangan anda?

    ReplyDelete