Sunday 27 November 2011

Pernahkah anda menonton PORNOGRAFI ???!

Pernahkah anda menonton PORNOGRAFI???! Jawapan anda mungkin ya, mungkin tidak. Mengapakah anda berasa malu dan ingin mengelak daripada mengaku bahawa anda pernah menonton pornografi, sekiranya anda memang PERNAH! Hal ini adalah kerana sejak kecil lagi kami diasuhkan dengan perspektif tradisional mengenai topik seks. Ini telah menyebabkan kita mempunyai perasaan malu untuk menjawab soalan ini. Apakah yang dimaksudkan dengan “pornografi”? Pornografi merupakan satu kelakuan seksual yang boleh dipersembahkan melalui media dalam pelbagai bentuk, contohnya lukisan, video, rakaman suara dan animasi. Selain itu, pornografi merupakan satu bidang yang boleh mengaut keuntungan.

Adakah anda terfikir mengapakah semakin senang bagi seseorang tersebut untuk akses kepada pornografi? Menurut kajian akses internet dan laman web pornografi yang dilakukan oleh Mohamad Musa Morshidi(2004), sebanyak 83.3%  daripada 60 orang pelajar Pengajian Sarjana Muda Sastera di Universiti Malaya pernah menonton pornografi. Ini telah menunjukkan peratusan yang amat tinggi dalam kalangan pelajar universiti dengan menggunakan teknologi komunikasi iaitu internet untuk mengakses kepada pornografi. Hal ini adalah kerana berlakunya penggunaan internet yang amat tinggi dalam kalangan pelajar. Mereka biasanya menggunakan internet untuk melayari kepada media sosial, contohnya instant messenger. Instant messenger merupakan satu alat komunikasi yang membolehkan pengguna untuk berkomunikasi antara satu sama lain dengan menggunakan perkataan, video, gambar dan juga webcam. Hal ini telah membolehkan pornografi dengan beigitu senangnya untuk disebarkan melalui alat komunikasi yang sedia ada.
Di samping itu, pornografi juga boleh diperolehi melalui telefon bimbit. Pengguna telefon bimbit sekarang boleh akses kepada internet melalui 3G dengan senang. Telefon bimbit pula merupakan salah satu alat komunikasi yang menemani pengguna sepanjang masa. Hal ini telah meningkatkan masa pengguna dengan melayari laman web pornografi.

Sebenarnya, terdapat beberapa kesan negatif terhadap penonton pornografi. Seseorang itu akan mengalami ketagihan terhadap pornografi sekiranya dia dibiarkan begitu sahaja. Hal ini akan menyebabkan terjejasnya dalam membina keluarga bahagia dan aktiviti seharian. Hal ini kerana seseorang itu akan cuba meniru aksi yang diajar dalam pornografi yang tidak akan tercapai dalam realiti. Peniruan aksi dalam pornografi akan menyebabkan berlakunya kecederaan dari segi fizikal dan mental untuk kedua-dua pihak. Jadi pornografi hanya akan membawa keburukan kepada penonton.
Apakah yang harus masyarakat lakukan sekiranya ingin mengelakkan pornografi disampaikan melalui internet kepada pengguna internet yang berusia muda? Sebenarnya perisian penapis laman web pornografi boleh menyekat laman web pornografi. Menurut Hofstetter(2001), perisian penapis adalah penapis yang boleh mengimbas kepada data untuk jenis kandungan yang tertentu. Perisian penapis ini telah digunakan oleh sistem pendidikan  negara China pada penapis pelayan(servis) dalam internet. Hal ini kerana kurang daripada 50% pelajar memperuntukkan masa mereka di pembelajaran, tetapi mereka telah menggunakan internet untuk melayari laman web pornografi. Selain itu, ibu bapa dan pihak sekolah juga boleh menggunakan ICRAfilter yang ada di Internet Explorer supaya anak-anak atau pelajar-pelajar tidak terdedah kepada pornografi.
Secara kesimpulannya, teknologi komunikasi telah menyediakan satu ruang komunikasi yang senang untuk golongan belia, tetapi ia juga merupakan satu alat yang membawa pornografi kepada golongan belia.

2 comments:

  1. jika seseorang itu menyatakan tidak pernah melihat ponography, seseorang mungkin sedang menipu anda...

    kadang-kala benda ponography itu akan "pop up" semasa kita online

    pada zaman ini, kebanyakan kanak-kanak sudah tahu menggunakan internet...

    jadi, hal ini amat dibimbangkan kerana jika seseorang adik itu tidak ditemani semasa dia menggunakan internet...

    apakah pandangan anda tentang perkara ini?

    ReplyDelete
  2. kita tidak dapat menghalang perkara ponography muncul dalam internet kerana internet adalah media yang bebas dan luas. kita cuma boleh mengawal diri sendiri dan membuat keputusan sendiri. sama ada lihat atau tidak.

    ReplyDelete