Friday, 28 October 2011

Anak perempuan - I-POD
Anak lelaki - I-PHONE
Ibu - I-PAD
Bapa - I- PAY

Teknologi komunikasi baru dalam bidang pendidikan

 Giu Yun: Eh, tomorrow we need to go to the library to update on the books since we are extending our time of borrowing.

May Rui: Actually we no need rush to the library, just go to the websites of USM’s library and update it. Come on, I borrow you my I-pad to updates your books first.

Giu Yun: Wa ! When do u bought an I-pad?

May Rui: Last week.

Giu Yun: Do you think that I-pad could help you much in your study?


May Rui: Of course, it helps me a lot. You know? I can find study materials through the Internet anytime, update myself to the latest news and able to check my e-mail all the time. Actually is like a laptop but I-pad is more convenient to bring out.

                Pada era perkembangan sains dan teknologi, masyarakat terutamanya golongan belia (umur 15-40 tahun) telah mahir dalam penggunaan teknologi komunikasi baru. Remaja dalam umur 12 hingga 18 tahun memang berminat terhadap teknologi komunikasi yang baru (Rivoltella, 2008). Pada masa ini, remaja bukan sahaja minat terhadap teknologi komunikasi tetapi juga banyak bergantung terhadapnya. Contohnya, apakah perkara pertama yang akan dilakukan oleh pelajar atau mahasiswa dan mahasiswi selepas balik daripada kelas ? Tanpa meragu-ragu, mereka akan buka akaun FACEBOOK !
  
            Berdasarkan pandangan optimis yang dipelopori oleh Marshall McLuhan, Wilbur Schramm, Lerner dan Daniel Bell, teknologi komunikasi baru diandaikan boleh membantu masyarakat mencapai keseimbangan. Revolusi informasi dikatakan boleh membawa perubahan yang positif kepada pendidikan. Menurut Pavlik (1998), pendidikan mendapat maafaat yang besar daripada perkembangan teknologi komunikasi baru. Seperti yang boleh kita dapati, hampir semua pensyarah dalam universiti menggunakan slide show dalam proses pengajaran. Mereka juga meminta pelajar menghasilkan satu blog sebagai tugasan serta menghantarkan tugasan dan melakukan temu janji melalui e-mel. Tambahan pula, pelajar boleh mencari sumber maklumat melalui Internet tanpa perlu pergi ke perpustakaan. Perpustakaan juga telah memperkembangkan kepada elektronik perpustakaan (e-library). Misalnya journal, buku, majalah boleh didapati melalui e-journal, e-book dan e-magazines. Kemudahan ini memang telah memudahkan pelajar terutamanya pelajar Pendidikan Jarak Jauh.
  
            Melalui satu kajian yang dilakukan, kebanyakan pelajar bersetuju bahawa teknologi mempunyai peranan yang penting dalam proses pembelajaran (Education Evolving, 2005). Penggunaan teknologi dalam proses pembelajaran akan meningkatkan motivasi mereka untuk belajar dan dapat menghabiskan kerja atau tugasan dengan cepat. Mereka juga menyatakan bahawa“We don’t pick up dictionaries anymore but we go to Dictionary.com. We don’t walk to the library but we search online journal databases”. Sekarang pelajar sudah boleh belajar tanpa keluar dari rumah. Teknologi komunikasi baru bukan sahaja dapat menjimatkan masa dan kertas tetapi juga dapat meningkatkan tahap pengetahuan individu.

            Walau bagaimanapun, terdapat sesetengah golongan masyarakat berpendapat bahawa teknologi hanya akan menjejaskan kehidupan mereka. Mengikut pandangan pessimis , teknologi komunikasi akan mewujudkan masyarakat yang diawasi. Kebebasan masyarakat juga tergugat akibat perkembangan teknologi komunikasi.

             Menurut Selwyn (2003), sesetengah masyarakat akan mengelakkan diri daripada penggunaan teknologi komunikasi baru. Mereka berasa tertekan apabila menghadapi dengan komputer. Fenomena ini dikenali sebagai technophobia. Golongan ini menganggap bahawa teknologi komunikasi baru mempunyai prosedur yang banyak dan susah. Ia akan menyusahkan mereka sahaja. Di samping itu, terdapat juga golongan refusnik iaitu golongan yang menentang kewujudan teknologi komunikasi baru. Mereka melihat teknologi komunikasi baru sebagai pemusnah budaya kehidupan. Kebanyakan belia pada masa ini hanya suka bersosial dengan rakan melalui Facebook, Twitter, Friendster, Blogger dan lain-lain tanpa bersemuka. Walaupun terdapatnya satu perbincangan sahaja, pelajar juga mencipta satu group dalam Facebook bagi memudahkan perbincangan. Adakah kaedah ini boleh menyampaikan mesej secara teliti tanpa keciciran ? Pada pendapat Norman, banyak perkara tidak boleh disampaikan melalui teknologi komunikasi baru seperti perasaan, emosi dan empati (Selwyn, 2003). Majoriti pelajar juga banyak menghabiskan masa dengan menggunakan Facebook ataupun bermain permainan talian sehingga mengangguh kerja mereka.

            Sebenarnya, adakah pelajar yang tidak mahir dalam penggunaan teknologi komunikasi baru akan ketinggalan zaman ataupun tidak akan dapat keputusan yang cemerlang? Walaupun kita boleh mendapat informasi dan pengetahuan yang banyak melalui teknologi komunikasi baru tetapi ADAKAH KITA MAMPU MENILAI terhadap sesuatu isu ?







Monday, 17 October 2011

Ginjal atau Apple?







 “A 17-year-old Chinese boy decided to sell his kidney for 20,000 yuan so he could buy an iPad, the Shanghai Daily reports.
But, he’s not feeling well now, and he’s regretting the decision.

He had his kidney removed after being contacted by someone on the internet that specializes in this sort of things.
When he came home from having his kidney removed his mother freaked out and tried to contact the person who bought his kidney.
Not surprisingly, the person wasn’t answering the phone. Now police are investigating.

After being discharged from the hospital, Zheng returned home with both a brand-new laptop and an iPhone, but quickly began experiencing complications from the surgery, according to the Telegraph. When his mother discovered the products and forced her son to reveal how he could afford them, she immediately notified local police, Global Times is reporting.

When he came back, he had a laptop and a new Apple handset,” his mother, identified as Miss Liu, is quoted by the Telegraph as saying, “I wanted to know how he had got so much money and he finally confessed that he had sold one of his kidneys.”

Chenzhou 198 Hospital, where Zheng allegedly had his surgery, has no qualifications for kidney transplantation, and has since denied any knowledge of the operation because the department that did the surgery had been contracted to a Fujian businessman, Shanghai Daily reports. Police are continuing to investigate the case."
                                                           
    (Sources:http://www.huffingtonpost.com, 02/06/2011)


Berita di atas menceritakan seorang lelaki yang berusia 17 tahun telah menjual salah satu ginjalnya demi membeli Ipad. Kes ini berlaku di China dan ia telah menjadi tajuk utama dalam suratkhabar seluruh dunia pada seketika. Betapa mengejutkan dan menggemparkan bahawa seseorang pemuda telah menjualkan ginjalnya untuk mendapatkan wang supaya mampu membeli Ipad. 


Menurut Christopher May (2002), perkembangan teknologi akan mengubah masyarakat yang menggunakannya. Oleh itu, adakah kes ini telah mencerminkan bahawa masyarakat telah berubah ke tahap yang sebegitu ekoran perkembangan teknologi yang semakin canggih pada saban hari?

Masyarakat kini telah dikenali sebagai masyarakat informasi dan tidak hairan bahawa permintaan terhadap peralatan-peralatan media yang berteknologi tinggi ini semakin meningkat tidak kira dalam segi kuantiti atau kualiti. Tetapi, adakah masyarakat pada zaman ini terutamanya golongan belia begitu menginginkan informasi-informasi sehingga perlu menggunakan cara menjual organ-organ badan mereka bagi mendapatkan peralatan teknologi yang boleh memuaskan keinginan mereka dari aspek tersebut? Ataupun mereka hanya ingin menjadikan peralatan-peralatan teknologi yang mahal itu sebagai satu simbol status mereka?

Adakah anda sanggup menjual organ-organ anda bagi memperolehi peralatan teknologi yang tercanggih di dunia ini?

Sunday, 16 October 2011

Pengenalan Tentang Teknologi Komunikasi dan Belia

Teknologi Komunikasi Dalam Kehidupan Kita

Fikirkan !!!

Pernahkah anda melihat situasi ini?


Bagaimana pula dengan ini?

Ini?


atau ini?

Apa? Semasa makan juga perlu bersama dengan peralatan teknologi?


Adakah generasi kini sentiasa bersama dengan teknologi komunikasi walaupun berada di mana-mana sahaja atau melakukan sesuatu aktiviti? Apakah pandangan anda?

Kini, generasi pada zaman sekarang iaitu yang dikenali sebagai golongan belia telah memiliki peralatan teknologi yang canggih seperti iPad, iPod, telefon bimbit, notebook dan sebagainya. Golongan belia yang masih belum bekerja atau mendapat gaji pekerjaan juga memiliki peralatan teknologi yang canggih dan mahal seperti ini.

Walaupun kita mempunyai idea yang berbeza mengenai sifat semulajadi masyarakat, komunikasi dan teknologi media, ia tidak akan mengambil masa yang lama untuk kita bersetuju bahawa media komunikasi adalah ciri-ciri moden kehidupan seharian yang berleluasa. Tidak mengira di mana kita berada atau masa dan hari tersebut, kita dapat merasai atau mendapat pengalaman daripada sesuatu fenomena walaupun kita berada di luar daripada persekitaran sosial tersebut. Hal ini disebabkan kewujudan pelbagai media yang berlainan seperti kewujudan dari surat khabar yang beralih kepada televisyen dan dari telefon kepada alat kelui
(Slevin, 2000 : 1).

Selain itu, peralatan teknologi komunikasi yang sedang 'merebak' dengan meluas di seluruh dunia mempunyai impak yang mendalam terhadap cara kita berinteraksi dan berkomunikasi dalam kehidupan seharian iaitu dengan mengubah kehidupan dan amalan sosial kita (Rivoltella, 2008 : 27). Contoh perubahan adalah seperti cara kita mengakses, mengedit dan berkongsi dokumen (filem, lagu, gambar, imej, teks atau jenis dokumen yang lain), cara berhubung dengan kerajaan, cara melakukan proses perbankan, cara bekerja, bermain, jual-beli, mencari maklumat, mengenali orang yang tidak dikenali dan sebagainya.

Oleh itu, boleh dikatakan bahawa teknologi komunikasi mempunyai pengaruh terhadap kehidupan masyarakat pada zaman sekarang terutamanya golongan belia yang celik pandai dan berpengetahuan tentang penggunaan teknologi. Bagi mereka, teknologi komunikasi dapat mengubah kehidupan seharian mereka apabila mereka menggunakannya kerana ia memudahkan aktiviti kehidupan seharian mereka.