Media teknologi yang canggih telah menjadi alat penghibur dalam kalangan belia. Alat penghibur dikatakan boleh memberi keseronokan atau membantu meringankan beban pengguna.
Media teknologi yang pesat digunakan sebagai alat penghibur dalam kalangan belia ialah YouTube. Apakah yang anda tahu tentang YouTube? Youtube merupakan satu media teknologi yang boleh berkongsi maklumat? Atau Youtube merupakan alat media yang cuma boleh menonton video? “YouTube was one of a number of competing services aiming to remove the technical barriers to the widespread sharing of video online” (Jean Burgess & Joshua Green, 2009, page i ).
Golongan belia dapat menggunakan Youtube untuk “upload”, “publish” dan menonton video yang tersedia tanpa memerlukan ilmu teknikal yang tinggi. Youtube tidak mengehadkan limit pengguna dapat “upload” video mereka. Pengguna YouTube dapat berkongsi video mereka dengan cuma memerlukan kod URLs dan HTML. Youtube semakin popular digunakan sebagai alat penghibur kerana ia terdapat banyak jenis video dari seluruh dunia yang dapat ditonton.
YouTube dikatakan sebagi alat penghibur tetapi semakin lama Youtube digunakan, semakin banyak isu seperti isu politik, isu sosial yang timbul dalam kalangan masyarakat dan juga negara.
Salah satu isu budaya yang timbul disebabkan video yang diupload oleh seorang pemuda yang bernama Teddy dari Taiwan. Teddy berasal dari Malaysia dan dia telah pergi ke Taiwan untuk melanjutkan pelajarannya. Di Taiwan, Teddy telah merakam video tentang perbezaan bahasa yang digunakan dalam kalangan masyarakat Malaysia dan masyarakat Taiwan. Apabila menonton video ini, maklumat yang dibawa adalah cuma menyatakan perbezaan bahasa yang digunakan dalam kedua-dua negara. Video ini juga menghiburkan penonton kerana ia mengunakan cara persembahan yang lucu dan menarik. Tetapi terdapat sesetengah golongan penonton yang tidak dapat menerima telah menyatakan video ini dapat menimbulkan isu budaya dalam negara Malaysia dan juga dapat menjatuhkan imej negara Malaysia.
Isu politik yang timbul dalam negara Malaysia berasal YouTube ialah video yang diupload oleh seorang pemuda yang bernama Namewee. Pemuda tersebut telah menukarkan lagu lirik lagu “Negaraku”. Video tersebut telah menyebabkan ramai penonton Malaysia marah dan mereka telah menyatakan pemuda tersebut menghina negara Malaysia. Bagi pemuda tersebut, dia menyatakan video itu cuma dibuat untuk memupuk minatnya dalam penulisan lirik. Golongan penonton yang boleh menerima akan menyatakan video dalam YouTube itu menghiburkan tetapi bagi golongan penonton yang tidak dapat menerimanya akan menyatakan video tersebut menghinakan negara dan bangsa.
Pandangan yang dapat digunakan dalam kedua-dua situasi tersebut adalah pandangan berkecuali. Pandangan berkecuali telah mengimplikasikan teknologi komunikasi mungkin baik atau buruk dan ia terpulang kepada kehendak masyarakat. Sesetengah belia menyatakan video yang diupload dalam YouTube oleh Teddy dan Namewee merupakan mesej penghibur tetapi bagi kalangan belia yang tidak dapat menerima video tersebut pula menyatakan video tersebut merupakan mesej penghina. Video dalam YouTube tersebut dikatakan sebagai satu penghiburan atau penghina terpulangan kepada masyarakat yang menontonnya dan juga terpulangan kepada persepsi masyarakat tersebut. Video tersebut dikatakan sebagai video penghibur atau penghina juga terpulang kepada komen yang diberi oleh pengguna YouTube. Banyak komen yang baik diberi bermaksud video tersebut menghiburkan dan sebaliknya.
Kadang-kala video yang diletak dalam YouTube, kita rasa ia tidak bermakna apa-apa pun tetapi bagi sesetengah penonton video tersebut, ia akan menjadi satu isu atau masalah kepada masyarakat dan juga negara. Oleh itu, setiap kali kita menggunakan media teknologi, kita perlulah berhati-hati menggunakannya. Kita perlu fikir adakah video dan maklumat yang diletak dalam YouTube dapat diterima oleh golongan penonton atau tidak. Kita juga perlu fikir adakah video dan maklumat yang diletak dalam YouTube itu melanggar peraturan atau tidak. Video yang diupload dalam YouTube adalah ingin menghiburkan golongan penonton tetapi jika ia tersilap tafsir oleh golongan penonton maka video dalam Youtube itu bukan lagi video penghiburan. Oleh itu, YouTube dikatakan sebagai alat penghibur atau alat penghina tidak dapat ditentukan secara tepat kerana ia terpulang kepada persepsi dan cara penggunaan golongan belia.